Parallel Lines
Wednesday, 23 December 2015 • 06:10 • 0 comments Kerana hakikatnya kita diciptakan lemah oleh Sang Pencipta Kita sering jatuh jatuh jatuh dan jatuh Terserah pada kita sendiri sama ada mahu terus melangkah ataupun kekal pasrah Kerana hakikatnya tiada hasil tanpa usaha Jika pasrah merupakan jalan penyelesaian Maka kita akan kekal tersekat di jalan yang sama Jika kita tidak mahu teruskan menapak walaupun selangkah Tiada guna hidup lama kerana apa makna hidup di dunia tanpa ujian? Kerana hakikatnya setiap pertemuan pasti ada perpisahan Berlapang dadalah kerana tiada makna kekal bersama individu yang sama sepanjang hidup Hatta suatu masa kelak kita akan berpisah dengan ibu bapa yang diberikan sebagai pinjaman terbaik Apatah lagi rakanrakan serta insan di sekeliling kita Hei kawan Bangunlah Jangan futur macam ni Kau masih punya rakan Masih punya kawan Masih punya sahabat Masih punya ibu bapa Masih punya adik-beradik Jika kau ujar semua insan tiada untuk kau ketika kau memerlukan Bangunlah Kau masih punya dia Serta Dia Siapakah dia? Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam Sentiasa mengingati kita umatnya Siapakah Dia? Allah Subhanahu wataala Tidak pernah leka Tidak pernah tak cinta pada hambaNya Justeru Apa lebihnya kita Untuk lebihkan manusia dalam jalan menuju Tuhan? Bukankah hidup ini untuk Allah? Okay cop Off topic beb Macam ni Aku pelik. Kenapa nak pindah? Tak, jangan banned aku awal awal sebab aku 11A. No kawan tak. Ini bukan isu result okay tak. Aku boleh terima lagilah kalau dengar nak keluar sebab tak dapat kelas sains. Okay, aku faham tu. Sape je tak nak yang terbaik untuk masa depan dia kan? Okay, go on. Aku minta maaf aku relakan korang pergi. Sebab aku tak nak masa dah besar nanti korang sedih. Fikir kenapa aku tak pindah dulu, okay? Sekarang ni, yang dapat kelas sains. Yang result baik. I'm really confused. Kenapa nak pindah? Kenapa nak pergi? Adakah ini salah ukhuwah yang tidak terjalin dengan betul? Adakah kesilapan mind set kita? Beb, kita masuk dulu 148 orang. Sekarang? Sanggupnya semua tinggalkan kawan-kawan. Aku tak tahu lah aku overreacting ke apa sebab serious aku tak suka perpisahan. Serious. Aku tak suka tapi andai itu takdirNya. Woah, aku pun tak nampak mana nak tulis ni. Bukan aku nak salahkan takdir yang kita kena berpisah. Tapi.... Perasaan nak berpisah tu. Macam mana boleh timbul? Okay, my bad. Perpisahan sebenar bukanlah apabila kedua-dua jasad tak bersua muka Bukanlah apabila dua jasad berada di tempat berbeza Ketahuilah bahawa sesungguhnya Satu jasad ke syurga Allahu, aku tak nak. Jujur aku tak nak berpisah. Aku masih tak relakan kau pergi sahabat. Aku tak dapat nak point out mana silapnya Ittizan hingga ramai betul yang mahu pergi. Ya, mungkin banyak. Ukhuwwah kita tak kuat. Kita masih cakap buruk belakang belakang. Kita masih seronok makan daging saudara yang telah mati Kita masih seronok berikhtilat dengan ajnabi Kita masih lewatkan solat seolah masih hidup satu detik lagi Banyak. Aku sekali. Kita tak kuat. Maka, apakah dengan melarikan diri, masalah takkan dapat mencari kita? Apakah dengan meninggalkan Ittizan, kita dapat memperbaiki kelemahan kita? Ya, kita seperti garis selari. Sentiasa dekat- takkan pernah bersama. Tapi kau tahu? Destinasi kita kekal sama. Kita akan berakhir di tempat yang sama. Paling penting, walaupun kita tak bersama, langkah kita seiring. Menuju satu destinasi. Apa tu? Syurga Firdausi :)) Maaf andai penulisan aku kasar. Jujur aku minta maaf sangat sangat. Tapi aku sayang. Sayang setiap insan. Aku dah hafal dah birthday semua puteri. Sampai hati nak pergi TT_TT Haha tak de kaitan. Tapi jujur aku cakap, janganlah pindah. Jomlah kita kuatkan ukhuwwah Belajar sampai lelah Kasi rekod result SPM pecah! Adios. Uhibbukum fillah, Ittizan 1317 Moga syurga jadi destinasi terakhir kita
|
SOME WORDS! Welcome to my paradise. What do you want in here? Okeh, steal anyhting what you can steal. bold italic underline Profile
Stuff
Tagboard
example CBOX; Rewind Credits Big helped: Aulia Septiya Edited: YOUR NAME |